BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 21, 2009

salam ramadhan dr perantauan..

Ramadhan al mubarak datang lagi.. cuma kali ini kami sekeluarga menyambutnya jauh di perantauan.. jauh dr sanak saudara serta rakan-rakan di Malaysia.. sedih pulak mama rasa..

InsyaAllah, ramadhan di UK bermula pada hari Sabtu, 22 Ogos 2009.. sama seperti di Malaysia..

so, selamat menyambut ramadhan kepada semua.. semoga dapat menjalani ibadah dengan sempurna di bulan yang mulia ini...

di bawah ini, mama paste perkara2 yang membatalkan pahala puasa yg mama dpt dr email.. (credit to raed hakim)..


ANTARA PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA, DAN PERKARA YANG MEMBATALKAN PAHALA PUASA

Umum kita mengetahui perkara-perkara yang membatalkan puasa. Secara ringkas, perkara yang membatalkan puasa ialah seperti berikut:

1. Makan dan minum dengan sengaja.
2. Melakukan persetubuhan.
3. Muntah dengan sengaja walaupun sedikit.
4. Kedatangan haid dan nifas.
5. Mengeluarkan air mani dengan sengaja.
6. Memasukkan sesuatu menerusi saluran terbuka yang sampai ke perut.
7. Pengsan sepanjang hari membatalkan puasa. Tidur sepanjang hari tidak membatalkan puasa.
8. Gila.

Akan tetapi, hanya sedikit daripada kita yang berhati-hati daripada terlibat melakukan perkara yang membatalkan pahala puasa. Perkara-perkara yang membatalkan puasa boleh dilihat di dalam himpunan hadith di bawah:

لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ اْلأَكْلِ وَ الشُّرْبِ
Bukanlah (pahala) puasa itu sekedar menahan daripada makan dan minum. [Hadith sahih riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

من لم يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ و الجهل فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ في أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta, dan berbuat dusta, serta amal kebodohan, maka tiadalah Allah ingin melihat pada amalannya meninggalkan makan dan minumnya. (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِنَّ الصِّيَامَ لَيْسَ مِنَ الأَكْلِ وَالشُّرْبِ فَقَطْ إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغُوِ وَالرَّفَثِ فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهِلَ عَلَيْكَ فَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ
Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya puasa itu bukan menahan daripada makan dan minum saja, hanyalah puasa yang sebenarnya ialah menahan daripada ucapan sia-sia (lagha) dan lucah/mencarut( rafath), maka bila seseorang mencacimu atau berbuat sesuatu yang bodoh kepadamu katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”.” (Hadith Sahih riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه يقول قال رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قال الله وإذا كان يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فلا يَرْفُثْ ولا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أو قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إني امْرُؤٌ صَائِمٌ
Daripada Abu Hurairah dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Allah berfirman: …maka bila pada hari puasanya seseorang di antara kalian janganlah ia melakukan ucapan/tindakan lucah/mencarut dan janganlah dia menjerit/berteriak, bila seseorang mencacimu atau mengganggumu maka katakanlah: Saya sedang berpuasa….” (Al-Bukhari)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ لا تَسَابَّ وَأَنْتَ صَائِمٌ وَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ فَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ وَإِنْ كُنْتَ قَائِمًا فَاجْلِسْ
Daripada Abu Hurairah, beliau berkata Nabi SAW bersabda: “Janganlah kamu saling mancaci (bertengkar mulut) sementara kamu sedang berpuasa maka bila seseorang mencacimu katakan:‘Sesungguhnya saya sedang berpuasa’, dan kalau kamu sedang berdiri maka duduklah.” (Hadith Sahih, riwayat Ibnu Khuzaimah, Nasa’i, Imam Ahmad)

Daripada himpunan hadith di atas, bolehlah disimpulkan yang antara perkara yang membatalkan pahala puasa kita ialah:

a. Berbohong atau berkata dusta.
b. Membuat sesuatu yang sinonim dengan kejahilan, seperti bercakap tanpa ilmu dan seumpamanya.
c. Bercakap sesuatu yang melucah, mencarut, serangan seksual secara lisan atau ingin menaikkan syahwat orang lain.
d. Bercakap sesuatu yang sia-sia, tanpa sebab, dan tidak bermakna.
e. Meninggikan suara ketika bercakap.
f. Bertengkar.

Marilah sama-sama kita jauhi perbuatan yang boleh membatalkan pahala puasa kita.

Thursday, August 13, 2009

half way done.. another half way to go..

alhamdulillah.. hari nie genap 20 minggu adik hani kat dlm perut mama.. doa dan harapan mama agar semuanya berjalan lancar.. semoga baby nie dpt dilahirkan dengan sihat & selamat..

setakat nie tihani dah get used dgn baby dlm perut.. walaupun kekadang tihani terlebih2 manja & mengada2 tapi masih under control.. dia pun dah ada her own baby doll.. jenuh laa disumbatnya keropok, biskut & cheese kat mulut baby dia.. takut baby lapar kot.. ;-) Takpe hani, practice jaga baby kay.. nanti boleh tolong mama..


baby bump baru skit..


dah obvious sikit time nie..


tihani & her baby annabelle..


Monday, August 3, 2009

Anak sedara baru lagi.. di hari jadi baba

Hari nie sungguh istimewa.. pertama sekali.. hari nie hari jadi baba yg ke 34.. Yang membuatkan ianya bertambah istimewa adalah baba akan berkongsi hari jadi, for the rest of his life dengan Ammar Hadi.. coz Achik Zira baru selamat melahirkan secara normal Ammar Hadi, adik kepada kakak iman & abg haziq pada jam 6.30 pagi waktu malaysia.. both baby & mummy sihat.. berat Ammar waktu lahir adalah 3.21kg.. boleh tahan gak berat dia..


Ammar tengah sedap tido.. muka combination kakak iman & abg haziq dia.. geram mama tgk!


Tahniah kepada Achik Zira & Pakcik Lan sekeluarga.. seronok laa mak tok & tok wan kat ipoh coz dah selamat dapat cucu yang ke-7.. Doa2kan juga cucu yg ke-8 nanti dapat dilahirkan dgn sihat & selamat..

Untuk baba tersayang.. Selamat Hari Jadi istimewa daripada mama & tihani.. luv u so much! Sorry, nothing much can be given to u, except our unconditional loves.. and of course 'adik tihani-to-be' at then end of this year, insyaAllah..