BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 18, 2009

Ramadhan melambai pergi.. Syawal semakin menghampiri..


Pejam celik.. pejam celik tak sampai 2 hari lg nak raya.. Ketika permulaan puasa tempohari terasa mcm terseksa nak berpuasa di bumi Liverpool nie memandangkan tempoh berpuasa yg agak panjang berbanding Malaysia.. Alhamdulillah semakin tiba di penghujung ramadhan, tempoh berpuasa semakin pendek.. Syawal pulak bakal menjelma.. sedih pulak nak meninggalkan ramadhan.. dan bakal menyambut Syawal tanpa keluarga tersayang, sanak saudara & rakan-rakan di Malaysia.. :-(

Bagi kami sekeluarga di sini, Ramadhan dan Syawal di sambut dengan sederhana jer.. tiada baju raya berpasang2.. cuma mama dapat beraya dgn tudung baru jer yg sempat di pos dr Malaysia.. Tihani juga merasa berbaju baru di hari raya.. hasil pos dr Malaysia gak.. nak buat mcm mana.. mama tak reti jahit baju kurung.. kena laa import.

Setakat nie, hanya sehari jer puasa yg mama tinggal.. sama mcm pregnantkan tihani dulu, kena bulan puasa gak & sehari juga tertinggal.. Tihani walau pun tak berpuasa tapi sempat gak join bersahur beberapa kali.. dia mmg ada sensor.. kalau mama & baba takde jer terus jaga..

oo yer.. terima kasih gak kat mak lang nani yg mengirim kuih raya yg dijual oleh Mak long lina.. dapat gak merasa kuih raya dr malaysia.. mama sempat buat sejenis pastu stop.. tak larat.. nanti laa sambung project lepas raya kalau rajin ;-)

Hari nie cuaca mendung jer.. mcm turut sama bersedih.. time2 mcm nie hati mmg sayu.. kalau kat malaysia mungkin kami dah dlm perjalanan balik ke kampung.. dah boleh bergurau senda dgn adik2 & anak2 buah.. dah ke pasar beli lauk pauk utk beraya.. dan pastinya di dapur mak & ibu dah sibuk berasap... Tapi apakan daya.. kali nie semua tu hanya impian.. kami terpaksa beraya di perantauan.. hanya doa & salam ingatan penuh kerinduan yg dapat kami kirimkan..

byk yg nak ditulis, tapi rasanya cukup laa setakat nie.. sebak rasanya nak teruskan... Untuk ibu, abah, mak, adik-adik, anak2 buah tersayang.. serta semua sanak saudara serta rakan-rakan di Malaysia hanya ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN yg dapat kami ucapkan.. Maafkan kami kerana tak dapat bersama-sama menyambut Syawal kali nie.. walaupun jauh di mata namun di hati tetap kukuh terpahat... wassalam.



Ikhlas dr :
Mohd Shahrir
Haslizahanim
Sufi Tihani




-Liverpool, UK-

3 comments:

mama iera said...

salam aidilfitri buat abg shahrir, k.has dan tihani. walaupun jauh tapi dekat di hati kami di sini. selamat hari raya dan Maaf zahir & batin.

hashanim said...

tq nira.. selamat hari raya aidlifitri gak.. kem salam peluk cium kat bebudak cinonet dua org tu..

Unknown said...

Has, selamat hari raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.Jangan le sedih beraya kat perantauan tu.. Hubby & Tihani are with you.. Nanti you kenang balik pulak raya kat UK bila dah balik Msia nanti.
Ok.Take care ye..

Aida