Selamat hari jadi kak long.. dah genap 2 tahun anak mama hari nie.. tiada apa yg dapat mama & baba berikan kecuali doa dan harapan agar tihani menjadi anak yang solehah.. bertambah bijak dan berakhlak mulia.. jgn lupa tolong mama jaga adik syabil yer.. honeymoon mama dah over bila maktok2 dah balik esok.. huhuhu..
Wednesday, January 27, 2010
Happy birthday kak long!
Posted by hashanim at 6:29 PM 6 comments
Wednesday, January 6, 2010
Alhamdulillah.. selamat datang Muhammad Syabil Hazim..
Alhamdulillah setelah 38 minggu & 3 hari mama membawa perut... tepat jam 11.43 pagi, 22 Disember 2009 bersamaan 5 Muharam 1431H, Muhammad Syabil Hazim telah selamat dilahirkan ke dunia di Liverpool Women's Hospital. Syabil berat sikit dari kakak dia.. 3.3kg.
Syukur ke hadrat Illahi ke atas segala nikmat dan rahmatnya.. walau pun terpaksa menghadapi situasi yang sama sewaktu mengandungkan Tihani, namun semuanya dipermudahkan dan mama dapat mendakap Syabil setelah selesai pembedahan.. Terima kasih baba yg setia menemani mama.. begitu juga maktok2 yang bersusah payah datang untuk membantu.. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya..
Posted by hashanim at 12:33 PM 4 comments