dah penuh sarang labah2 blog nie.. hheheh..
nampaknya penyapu tak jalan
kena pakai vacuum baru ok gamaknya..
adakah mood menulis akan datang kembali? ;-)
yup.. i'm getting bored with FB sometimes..
Monday, April 18, 2011
More than a year..
Posted by hashanim at 3:44 PM 1 comments
Tuesday, March 2, 2010
dah 7 tahun dah..
pada hari ini, 7 thn yg lalu.. mama tgh berdebar2 menunggu kehadiran baba utk majlis akad nikah.. Allhamdulillah dgn sekali lafaz.. mama & baba telah bersatu menjadi pasangan suami isteri yg sah di sisi Allah..
to baba..
Happy Anniversary Myspace Comments
luv u more & more everyday..
-mama, tihani & syabil..
Posted by hashanim at 7:54 AM 3 comments
Wednesday, January 27, 2010
Happy birthday kak long!
Selamat hari jadi kak long.. dah genap 2 tahun anak mama hari nie.. tiada apa yg dapat mama & baba berikan kecuali doa dan harapan agar tihani menjadi anak yang solehah.. bertambah bijak dan berakhlak mulia.. jgn lupa tolong mama jaga adik syabil yer.. honeymoon mama dah over bila maktok2 dah balik esok.. huhuhu..
Posted by hashanim at 6:29 PM 6 comments
Wednesday, January 6, 2010
Alhamdulillah.. selamat datang Muhammad Syabil Hazim..
Alhamdulillah setelah 38 minggu & 3 hari mama membawa perut... tepat jam 11.43 pagi, 22 Disember 2009 bersamaan 5 Muharam 1431H, Muhammad Syabil Hazim telah selamat dilahirkan ke dunia di Liverpool Women's Hospital. Syabil berat sikit dari kakak dia.. 3.3kg.
Syukur ke hadrat Illahi ke atas segala nikmat dan rahmatnya.. walau pun terpaksa menghadapi situasi yang sama sewaktu mengandungkan Tihani, namun semuanya dipermudahkan dan mama dapat mendakap Syabil setelah selesai pembedahan.. Terima kasih baba yg setia menemani mama.. begitu juga maktok2 yang bersusah payah datang untuk membantu.. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya..
Posted by hashanim at 12:33 PM 4 comments
Thursday, October 22, 2009
Jersi bola..
gambar2 kat atas nie dah lama dah.. ntah braper bulan yg lepas.. tihani & baba bergaya dgn jersi England & Everton.. yg buatkan mama nak upload gambar nie sebab teringatkan kisah ahad lepas.. Baba beli lagi jersi team England di car boot (biasa laa nak shopping katner lagikan..). Tengah mama relaks2 lepas balik dr car boot, baba dgn penuh semangat mengayakan jersi yg dia baru beli..
Baba dgn penuh harapan sambil tersengih sampai ke telinga tanya kat mama, " Amacam, cantik tak? Ada rupa mcm Wayne Rooney tak?.
Mama tak sampai hati nak cakap tapi cakap gak, "Hmm.. Wayne Rooney tarak.. tapi 'Weiii Guni!' yer.." hehehheh!.
Mama telah dipaksa meminta ampun beribu lemon dr baba lepas tu.. huhuhuhu....
p/s: baba tetap lebih hensem dr Wayne Rooney di mata mama.. walau pun perut ada lebih sikit dr Wayne Rooney (ikhlas nie..)
Posted by hashanim at 1:22 PM 0 comments
gambar basi raya..
Syawal dah berlalu.. tapi baru hari nie mama sempat upload few pics raya.. Malas betul nak update blog.. nie semua gara2 tihani yg asyik nak melekat jer ngan mama.. payah tul nak buat apa2 (alasan!).. Tambahan pulak sejak ada Facebook, lebih senang nak upload pics kat sana dr sini, tu yg buat bertambah malas.. (alasan yg lebih konkrit.. ;-))
Posted by hashanim at 12:53 PM 0 comments
Friday, September 18, 2009
Ramadhan melambai pergi.. Syawal semakin menghampiri..

Pejam celik.. pejam celik tak sampai 2 hari lg nak raya.. Ketika permulaan puasa tempohari terasa mcm terseksa nak berpuasa di bumi Liverpool nie memandangkan tempoh berpuasa yg agak panjang berbanding Malaysia.. Alhamdulillah semakin tiba di penghujung ramadhan, tempoh berpuasa semakin pendek.. Syawal pulak bakal menjelma.. sedih pulak nak meninggalkan ramadhan.. dan bakal menyambut Syawal tanpa keluarga tersayang, sanak saudara & rakan-rakan di Malaysia.. :-(
Bagi kami sekeluarga di sini, Ramadhan dan Syawal di sambut dengan sederhana jer.. tiada baju raya berpasang2.. cuma mama dapat beraya dgn tudung baru jer yg sempat di pos dr Malaysia.. Tihani juga merasa berbaju baru di hari raya.. hasil pos dr Malaysia gak.. nak buat mcm mana.. mama tak reti jahit baju kurung.. kena laa import.
Setakat nie, hanya sehari jer puasa yg mama tinggal.. sama mcm pregnantkan tihani dulu, kena bulan puasa gak & sehari juga tertinggal.. Tihani walau pun tak berpuasa tapi sempat gak join bersahur beberapa kali.. dia mmg ada sensor.. kalau mama & baba takde jer terus jaga..
oo yer.. terima kasih gak kat mak lang nani yg mengirim kuih raya yg dijual oleh Mak long lina.. dapat gak merasa kuih raya dr malaysia.. mama sempat buat sejenis pastu stop.. tak larat.. nanti laa sambung project lepas raya kalau rajin ;-)
Hari nie cuaca mendung jer.. mcm turut sama bersedih.. time2 mcm nie hati mmg sayu.. kalau kat malaysia mungkin kami dah dlm perjalanan balik ke kampung.. dah boleh bergurau senda dgn adik2 & anak2 buah.. dah ke pasar beli lauk pauk utk beraya.. dan pastinya di dapur mak & ibu dah sibuk berasap... Tapi apakan daya.. kali nie semua tu hanya impian.. kami terpaksa beraya di perantauan.. hanya doa & salam ingatan penuh kerinduan yg dapat kami kirimkan..
byk yg nak ditulis, tapi rasanya cukup laa setakat nie.. sebak rasanya nak teruskan... Untuk ibu, abah, mak, adik-adik, anak2 buah tersayang.. serta semua sanak saudara serta rakan-rakan di Malaysia hanya ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN yg dapat kami ucapkan.. Maafkan kami kerana tak dapat bersama-sama menyambut Syawal kali nie.. walaupun jauh di mata namun di hati tetap kukuh terpahat... wassalam.
Ikhlas dr :
Mohd Shahrir
Haslizahanim
Sufi Tihani
-Liverpool, UK-
Posted by hashanim at 11:23 AM 3 comments
Friday, August 21, 2009
salam ramadhan dr perantauan..
Ramadhan al mubarak datang lagi.. cuma kali ini kami sekeluarga menyambutnya jauh di perantauan.. jauh dr sanak saudara serta rakan-rakan di Malaysia.. sedih pulak mama rasa..
InsyaAllah, ramadhan di UK bermula pada hari Sabtu, 22 Ogos 2009.. sama seperti di Malaysia..
so, selamat menyambut ramadhan kepada semua.. semoga dapat menjalani ibadah dengan sempurna di bulan yang mulia ini...
di bawah ini, mama paste perkara2 yang membatalkan pahala puasa yg mama dpt dr email.. (credit to raed hakim)..
ANTARA PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA, DAN PERKARA YANG MEMBATALKAN PAHALA PUASA
Umum kita mengetahui perkara-perkara yang membatalkan puasa. Secara ringkas, perkara yang membatalkan puasa ialah seperti berikut:
1. Makan dan minum dengan sengaja.
2. Melakukan persetubuhan.
3. Muntah dengan sengaja walaupun sedikit.
4. Kedatangan haid dan nifas.
5. Mengeluarkan air mani dengan sengaja.
6. Memasukkan sesuatu menerusi saluran terbuka yang sampai ke perut.
7. Pengsan sepanjang hari membatalkan puasa. Tidur sepanjang hari tidak membatalkan puasa.
8. Gila.
Akan tetapi, hanya sedikit daripada kita yang berhati-hati daripada terlibat melakukan perkara yang membatalkan pahala puasa. Perkara-perkara yang membatalkan puasa boleh dilihat di dalam himpunan hadith di bawah:
لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ اْلأَكْلِ وَ الشُّرْبِ
Bukanlah (pahala) puasa itu sekedar menahan daripada makan dan minum. [Hadith sahih riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
من لم يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ و الجهل فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ في أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta, dan berbuat dusta, serta amal kebodohan, maka tiadalah Allah ingin melihat pada amalannya meninggalkan makan dan minumnya. (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِنَّ الصِّيَامَ لَيْسَ مِنَ الأَكْلِ وَالشُّرْبِ فَقَطْ إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغُوِ وَالرَّفَثِ فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهِلَ عَلَيْكَ فَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ
Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya puasa itu bukan menahan daripada makan dan minum saja, hanyalah puasa yang sebenarnya ialah menahan daripada ucapan sia-sia (lagha) dan lucah/mencarut( rafath), maka bila seseorang mencacimu atau berbuat sesuatu yang bodoh kepadamu katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”.” (Hadith Sahih riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه يقول قال رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قال الله وإذا كان يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فلا يَرْفُثْ ولا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أو قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إني امْرُؤٌ صَائِمٌ
Daripada Abu Hurairah dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Allah berfirman: …maka bila pada hari puasanya seseorang di antara kalian janganlah ia melakukan ucapan/tindakan lucah/mencarut dan janganlah dia menjerit/berteriak, bila seseorang mencacimu atau mengganggumu maka katakanlah: Saya sedang berpuasa….” (Al-Bukhari)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ لا تَسَابَّ وَأَنْتَ صَائِمٌ وَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ فَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ وَإِنْ كُنْتَ قَائِمًا فَاجْلِسْ
Daripada Abu Hurairah, beliau berkata Nabi SAW bersabda: “Janganlah kamu saling mancaci (bertengkar mulut) sementara kamu sedang berpuasa maka bila seseorang mencacimu katakan:‘Sesungguhnya saya sedang berpuasa’, dan kalau kamu sedang berdiri maka duduklah.” (Hadith Sahih, riwayat Ibnu Khuzaimah, Nasa’i, Imam Ahmad)
Daripada himpunan hadith di atas, bolehlah disimpulkan yang antara perkara yang membatalkan pahala puasa kita ialah:
a. Berbohong atau berkata dusta.
b. Membuat sesuatu yang sinonim dengan kejahilan, seperti bercakap tanpa ilmu dan seumpamanya.
c. Bercakap sesuatu yang melucah, mencarut, serangan seksual secara lisan atau ingin menaikkan syahwat orang lain.
d. Bercakap sesuatu yang sia-sia, tanpa sebab, dan tidak bermakna.
e. Meninggikan suara ketika bercakap.
f. Bertengkar.
Marilah sama-sama kita jauhi perbuatan yang boleh membatalkan pahala puasa kita.
Posted by hashanim at 10:27 AM 3 comments
Thursday, August 13, 2009
half way done.. another half way to go..
alhamdulillah.. hari nie genap 20 minggu adik hani kat dlm perut mama.. doa dan harapan mama agar semuanya berjalan lancar.. semoga baby nie dpt dilahirkan dengan sihat & selamat..
setakat nie tihani dah get used dgn baby dlm perut.. walaupun kekadang tihani terlebih2 manja & mengada2 tapi masih under control.. dia pun dah ada her own baby doll.. jenuh laa disumbatnya keropok, biskut & cheese kat mulut baby dia.. takut baby lapar kot.. ;-) Takpe hani, practice jaga baby kay.. nanti boleh tolong mama..
Posted by hashanim at 10:32 AM 4 comments
Monday, August 3, 2009
Anak sedara baru lagi.. di hari jadi baba
Hari nie sungguh istimewa.. pertama sekali.. hari nie hari jadi baba yg ke 34.. Yang membuatkan ianya bertambah istimewa adalah baba akan berkongsi hari jadi, for the rest of his life dengan Ammar Hadi.. coz Achik Zira baru selamat melahirkan secara normal Ammar Hadi, adik kepada kakak iman & abg haziq pada jam 6.30 pagi waktu malaysia.. both baby & mummy sihat.. berat Ammar waktu lahir adalah 3.21kg.. boleh tahan gak berat dia..
Untuk baba tersayang.. Selamat Hari Jadi istimewa daripada mama & tihani.. luv u so much! Sorry, nothing much can be given to u, except our unconditional loves.. and of course 'adik tihani-to-be' at then end of this year, insyaAllah..
Posted by hashanim at 10:29 AM 2 comments