BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 24, 2008

weekend di PD

last weekend baba takde, ke sarawak.. seb baik achik zira ajak ke family day di PD... dapat laa tihani berjalan..




sampai2 jer tihani dah kena serbu dgn atak iman & abg haziq..




"bayi berumo 10 bln lebih dah pandai membaca".. fakta atau auta?





atak iman & abg haziq seronok berendam di kolam












tihani pon nak join sekaki.. tapi posing dulu..




kembar tak seiras..






bersama acu niah & mak tok
















dlm keta.. ntah aper dibuat mama pun tak tau..

ikea

pic bulan lepas.. tihani & ecah bersantai di ikea.. beratus gak laa mak lang nani bershopping.. seb baik mama tak terjebak sama.. ;-)



dua2 takleh dok diam dlm stroller


dlm lift..










sempat lepak kat kaunter cashier sementara mak lang nani bz membayor..

alhamdulillah..

setelah beberapa hari dok kat ward minggu lepas akibat kahak berlebihan & paru2 berair.. ecah, umairah & adam dah sihat.. dengar kaba ecah makin becok.. agaknya balas dendam coz boring dok kat ward..

Gambar ecah, yah & adam time raya haji ari tu...













p/s: mama risau gak kat tihani skrg nie.. kat umah, m.long liyana & acu pijah kena demam denggi. Acu pijah kena admit tapi m.long liyana dok kat umah jer.. harap2 dua2 cepat sembuh..

Friday, November 28, 2008

first time naik bas

dah lama tak posting.. bz yaa amat!

anyway.. last week, hari sabtu mama & baba bawa tihani balik ke ipoh.. since baba ada meeting dr hari isnin-rabu, mama & tihani balik ke kl naik bas jer hari ahad tu..


perrgghhhhh! silap besar laa mak tok bagi tihani tido kaw2 petang tu sebelum naik bas.. akibatnya, semua org dah terlentok.. dia dok panjat sana.. panjat sini.. nak capai lampu.. gigit langsir bas laa.. & dok intai org kat belakang.. yg teruk mama gak.. moral of the story, kalau nak naik bas dgn tihani kena ada assistant.. kalau tak sorry!





kena paksa duduk kat seat.. siap pakai seat belt tapi cuma bertahan 5 minit jer..

akhirnya pengsan sampai ke pagi.. haa buat laa lagi!

tihani ngan tok wan.. nie sebelum dia terperasan.. lepas tau tok wan yg pegang, terus melalak.. aper laaa..

Tuesday, November 11, 2008

SPM datang lagi..

Hari nie first day of SPM 2008..

Hari nie juga Mak Atul & Acu Pijah memulakan peperiksaan SPM bersama-sama ribuan pelajar yg lain di Malaysia.. pergghhh!! cabaran & persaingan makin hebat..Kalau dulu2 dapat gred 2 dah boleh masuk U.. tapi skrg dapat straight A's pun belum tentu dapat masuk IPTA.. lebih2 lagi kalau pompuan..

akan datang tak tau laa mcm mana.. sian tihani nanti kan..



apa2 pun..

all the best to Mak Atul & Acu Pijah..

buat betul2.. InsyaAllah semoga mendapat flying colors in SPM 2008... Amin!

push car..

setelah penat tihani membodek baba.. lastnyer dpt laa apa yg diidam2kan.. terima kasih daun keladi baba! ;-)

Monday, November 3, 2008

weekend tanpa baba.. (again..)

weekend baru2 nie baba takleh datang lagi coz ada kejer.. tapi alhamdulillah tokwan datang dr ipoh.. boleh laa tolong bawak tihani pegi kenduri & jalan2 ke umah achik di bangi.. kalau tak dok ajer laa kat umah..

few pics last weekend yg sempat mama rakam..

tihani : "pinjam purse barbie atak iman bleh?"

iman : " hani punya pasal mesti bleh punyer" (dlm ati.. abislaaa, sambil garu2 kepala..)


peel terbaru tihani.. mana dapat ntah laa..


seronok giler dapat main push car kakak iman..




siap ada ada tukang tolak & body guard lagi..












naik tricycle plak..


belek sampai nak meleleh air liur..








p/s: 5 pics yg terakhir diletakkan khas utk baba.. dgn pesanan... takan tak paham2 lagi kot.. hehehhe (budget akan dikemukakan kemudian).

Wednesday, October 29, 2008

Tips dr Blog Ust Zuridan pasal didikan Anak2

Apa yang ingin saya kongsi di sini ialah tips yang diberikan oleh Hajjah Anis atau Ibu Anis dalam mendidik anak-anaknya hingga berjaya. Semua 7 orang anaknya menjadi doktor perubatan dan 3 orang darinya menjadi doktor pakar. Antara rahsia mendidik anak yang diberikan ialah:

  • Tegas, iaitu hendaklah bertegas dengan anak-anak seperti ketika menyuruh tutup tv pastikan mereka menutupnya. Jika suruh mandi pastikan mereka mandi dan disiplinkan mereka mengemas rumah.
  • Makan berjamaah bersama anak-anak.
  • Ajar solat ketika masih kecil.
  • Ibubapa tunjukkan minat membaca kepada mereka dengan rajin membaca buku atau akhbar di rumah serta wujudkan mini perpustakaan atau ruang membaca di rumah.
  • Wujudkan suasana rumah yang aman, damai dan bersih supaya anak-anak lebih suka duduk di rumah dari berjalan ke sana ke mari.
  • Berhubung sentiasa dengan mereka jika mereka sudah belajar di luar (asrama).
  • Tanya masalah mereka selalu.
  • Selalu ziarahi mereka di asrama sekolah dan masak masakan kegemaran mereka untuk makan bersama.
  • Berhubung sentiasa dengan sekolah dan guru-guru mereka.
  • Jadikan anak-anak bila dewasa sebagai rakan dan teman.
  • Setiap kali menghadapi peperiksaan ibubapa puasa dan solat hajat doakan mereka begitu juga anak-anak. Baca ayat "Alam Nasyrah" untuk lapangkan dada.
  • Banyak makan ikan dan kurangkan makan ayam atau daging.
  • Beri mereka makan kismis dan bekalkan kepada mereka di sekolah/asrama.
  • Makan cokelat. Kurang membawa anak-anak keluar atau makan di luar.
  • Lebih utamakan masakan sendiri untuk anak.

Outstation 13 hari

Rasanya outstation paling lama dalam satu-satu masa......iaitu baru2 nie 15-28 okt 2008. Start 15-20 Okt, kursus BTN Kenegaraan Luar Negara di Ulu Sepri (US) Rembau. Seramai 109 bakal ke luar negara dalam masa terdekat ini macam2 bidang meneruskan pelajaran peringkat PhD, Masters dan sub kepakaran. 5 hari 4 malam di sana. Macam-macam pengalaman.....tapi paling tersentuh hati bila seorang peserta baru berumur 24 tahun , tamat lebih kurang 8 bulan peringkat ijazah dapat biasiswa buat PhD....umur muda dah dapat tawaran..rezeki..

20-21 Okt seminar INCULT di Concorde Shah Alam. 4 paper dr FKM UMP dalam seminar ini, kebanyakannya berkisar OBE, CQI dan lain-lain.

22 Okt melawat pelajar Latihan Industri di Yamaha HICOM Shah Alam, kilang buat pemasangan enjin motosikal yamaha.

23 Okt melawat pelajar Latihan Industri di Qimonda Senai, Kilang german yg buat IC utk barang elektronik. Sempat Jumpa Brother Apai di Taman Universiti.....sesat dah aku nak ke UTM..

24 Okt melawat pelajar Latihan Industri di Mega steel di Merlimau, kilang proses besi utk bilet-bilet pengeluaran. Sempat singgah muar, kg arwah abah......lama aku tak balik sini...sempat jenguk makcik2 kat sana..

25-27 Okt Berehat bersama keluarga di KL.........rindu kat Tihani anak baba yg semakin bijak n nakal......

28 Okt...masuk opis..hehehe

tudung..

Punya laa cari tudung tihani utk raya.. tapi haram tak jumpa.. so mama pun fed up (fed up coz tak leh nak pau baba..) selain menutup aurat.. mama teringin gak tengok tihani mcm pompuan sikit.. ini out of 10 , 9 org jumpa mesti teka baby boy.. ish..

akhirnya jumpa gak tudung utk tihani lepas raya.. tapi b4 that, sempat laa tihani melaram tudung acu nia & kakak iman.. ;-)



di ipoh lepas baru kluar hospital.. acu niah pakaikan tudung..


songlap tudung acu niah lagik..




tudung kakak iman pulak jadi mangsa..



finally.. her very own tudung..