BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 21, 2009

salam ramadhan dr perantauan..

Ramadhan al mubarak datang lagi.. cuma kali ini kami sekeluarga menyambutnya jauh di perantauan.. jauh dr sanak saudara serta rakan-rakan di Malaysia.. sedih pulak mama rasa..

InsyaAllah, ramadhan di UK bermula pada hari Sabtu, 22 Ogos 2009.. sama seperti di Malaysia..

so, selamat menyambut ramadhan kepada semua.. semoga dapat menjalani ibadah dengan sempurna di bulan yang mulia ini...

di bawah ini, mama paste perkara2 yang membatalkan pahala puasa yg mama dpt dr email.. (credit to raed hakim)..


ANTARA PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA, DAN PERKARA YANG MEMBATALKAN PAHALA PUASA

Umum kita mengetahui perkara-perkara yang membatalkan puasa. Secara ringkas, perkara yang membatalkan puasa ialah seperti berikut:

1. Makan dan minum dengan sengaja.
2. Melakukan persetubuhan.
3. Muntah dengan sengaja walaupun sedikit.
4. Kedatangan haid dan nifas.
5. Mengeluarkan air mani dengan sengaja.
6. Memasukkan sesuatu menerusi saluran terbuka yang sampai ke perut.
7. Pengsan sepanjang hari membatalkan puasa. Tidur sepanjang hari tidak membatalkan puasa.
8. Gila.

Akan tetapi, hanya sedikit daripada kita yang berhati-hati daripada terlibat melakukan perkara yang membatalkan pahala puasa. Perkara-perkara yang membatalkan puasa boleh dilihat di dalam himpunan hadith di bawah:

لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ اْلأَكْلِ وَ الشُّرْبِ
Bukanlah (pahala) puasa itu sekedar menahan daripada makan dan minum. [Hadith sahih riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

من لم يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ و الجهل فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ في أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta, dan berbuat dusta, serta amal kebodohan, maka tiadalah Allah ingin melihat pada amalannya meninggalkan makan dan minumnya. (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِنَّ الصِّيَامَ لَيْسَ مِنَ الأَكْلِ وَالشُّرْبِ فَقَطْ إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغُوِ وَالرَّفَثِ فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهِلَ عَلَيْكَ فَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ
Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya puasa itu bukan menahan daripada makan dan minum saja, hanyalah puasa yang sebenarnya ialah menahan daripada ucapan sia-sia (lagha) dan lucah/mencarut( rafath), maka bila seseorang mencacimu atau berbuat sesuatu yang bodoh kepadamu katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”.” (Hadith Sahih riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه يقول قال رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قال الله وإذا كان يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فلا يَرْفُثْ ولا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أو قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إني امْرُؤٌ صَائِمٌ
Daripada Abu Hurairah dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Allah berfirman: …maka bila pada hari puasanya seseorang di antara kalian janganlah ia melakukan ucapan/tindakan lucah/mencarut dan janganlah dia menjerit/berteriak, bila seseorang mencacimu atau mengganggumu maka katakanlah: Saya sedang berpuasa….” (Al-Bukhari)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ لا تَسَابَّ وَأَنْتَ صَائِمٌ وَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ فَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ وَإِنْ كُنْتَ قَائِمًا فَاجْلِسْ
Daripada Abu Hurairah, beliau berkata Nabi SAW bersabda: “Janganlah kamu saling mancaci (bertengkar mulut) sementara kamu sedang berpuasa maka bila seseorang mencacimu katakan:‘Sesungguhnya saya sedang berpuasa’, dan kalau kamu sedang berdiri maka duduklah.” (Hadith Sahih, riwayat Ibnu Khuzaimah, Nasa’i, Imam Ahmad)

Daripada himpunan hadith di atas, bolehlah disimpulkan yang antara perkara yang membatalkan pahala puasa kita ialah:

a. Berbohong atau berkata dusta.
b. Membuat sesuatu yang sinonim dengan kejahilan, seperti bercakap tanpa ilmu dan seumpamanya.
c. Bercakap sesuatu yang melucah, mencarut, serangan seksual secara lisan atau ingin menaikkan syahwat orang lain.
d. Bercakap sesuatu yang sia-sia, tanpa sebab, dan tidak bermakna.
e. Meninggikan suara ketika bercakap.
f. Bertengkar.

Marilah sama-sama kita jauhi perbuatan yang boleh membatalkan pahala puasa kita.

Thursday, August 13, 2009

half way done.. another half way to go..

alhamdulillah.. hari nie genap 20 minggu adik hani kat dlm perut mama.. doa dan harapan mama agar semuanya berjalan lancar.. semoga baby nie dpt dilahirkan dengan sihat & selamat..

setakat nie tihani dah get used dgn baby dlm perut.. walaupun kekadang tihani terlebih2 manja & mengada2 tapi masih under control.. dia pun dah ada her own baby doll.. jenuh laa disumbatnya keropok, biskut & cheese kat mulut baby dia.. takut baby lapar kot.. ;-) Takpe hani, practice jaga baby kay.. nanti boleh tolong mama..


baby bump baru skit..


dah obvious sikit time nie..


tihani & her baby annabelle..


Monday, August 3, 2009

Anak sedara baru lagi.. di hari jadi baba

Hari nie sungguh istimewa.. pertama sekali.. hari nie hari jadi baba yg ke 34.. Yang membuatkan ianya bertambah istimewa adalah baba akan berkongsi hari jadi, for the rest of his life dengan Ammar Hadi.. coz Achik Zira baru selamat melahirkan secara normal Ammar Hadi, adik kepada kakak iman & abg haziq pada jam 6.30 pagi waktu malaysia.. both baby & mummy sihat.. berat Ammar waktu lahir adalah 3.21kg.. boleh tahan gak berat dia..


Ammar tengah sedap tido.. muka combination kakak iman & abg haziq dia.. geram mama tgk!


Tahniah kepada Achik Zira & Pakcik Lan sekeluarga.. seronok laa mak tok & tok wan kat ipoh coz dah selamat dapat cucu yang ke-7.. Doa2kan juga cucu yg ke-8 nanti dapat dilahirkan dgn sihat & selamat..

Untuk baba tersayang.. Selamat Hari Jadi istimewa daripada mama & tihani.. luv u so much! Sorry, nothing much can be given to u, except our unconditional loves.. and of course 'adik tihani-to-be' at then end of this year, insyaAllah..

Thursday, July 23, 2009

July's babies..

Ramai yg sambut birthday bulan julai nie.. mama nak wish sorang2 mmg tak larat.. ;-)

anyway, this N3 goes specially utk anak buah mama, iman & haziq.. Iman dah pun sambut birthday yg ke4 pada 7hb yg lalu.. happy birthday cayang! Haziq pulak pada 28hb.. & ummi dia esok.. so Happy Birthday to all of u!


kakak iman buat iklan gigi..



This month jugak adalah birthday aliff, deenee, aina, dina & naufal (yg mama tau laa..).. Semuanya kawan2 tihani di Liverpool.. Happy Birthday to all of u..





p/s: Happy belated birthday kat Acu Suhaima yg menyambut birthday pada hujung bulan lepas.. Mama bz sangat sampai tak sempat nak update dlm blog.. Salam peluk cium dr tihani.. kalau nak kek datang sini yer.. ;-)

Sunday, June 21, 2009

Strawberry picking on Father's day..

Byk sgt aktiviti yg dah dibuat for the last few weeks tapi mama tak sempat nak update.. Walau mcm mana pun, sempena hari bapa pada hari nie.. mama update laa sikit blog nie.. takut nanti naik berlumut laa pulak coz dah lama kena tinggal..

Hari nie mama & baba bawak tihani pegi petik strawberry di Warrington.. punya la seronok tihani sampai tak nak di dukung.. nak jalan sendiri sampai tergolek2 kat atas pokok strawberry.. it was fun.. tihani makan strawberry sampai terberak2.. ishhhh!


tihani & kakak alya bergambar di depan kedai


senarai harga..



seronoknya dapat berjalan..


tihani & baba.. apsal muka mcm tak puas hati nie? ooo.. tak cukup petik lagi..


tihani meredah batas2 strawberry..


nak tolong petik ke, nak tolong makan?


oo.. rajin jugak anak mama rupanya.. kalau ada Acu nia nie mesti seronok dapat makan sama..


fuhh.. dah selesai! Sebakul gak laa strawberry yg dipetik..


baba nak bergambar kat bunga.. tihani nangis nakkan strawberry.. tensen jer baba! Sabar baba, bukan senang nak jaga anak.. Happy Father's Day to u.. dan semua bapa2 terutamanya tok wan di ipoh & arwah atuk sani yg tak sempat tihani jumpa..



Tuesday, June 16, 2009

Bayar hutang yg dah lama tertunda..

Tagged by auntie azerque.. sorry.. been a while (more than a month actually!) to complete this tag..


1) Were you named after anyone?
Not sure, tapi menurut citer masa kecik2 dulu.. nama mama adalah hasil combination beberapa nama.. ibu, abah & tok aki.. Has (part of Hassan - nama tok aki), li (razali.. nama abah @ tok wan tihani) & za (zaharah.. nama ibu @ mak tok tihani).. hanim tu kot yg originally nama mama sendiri.. kelakar laa pulak.. but sadly, nama mama takde makna..huhuhu.. nak buat mcm mana, dulu2 takde jual buku nama2 baby...

2) When was the last time you cried?
Can't really remember tapi masa nak datang sini mmg menangis kat airport.. huhuh.

3) Do you like your handwriting?
hmm.. how to explain this.. kalau cakap kekadang mcm tulisan doktor, adakah menjawab soklan?

4) What is your favourite lunch meal?
anything yg dimasak oleh orang lain.. sumer nampak sedap.. ke tekak mama yg tak betul skrg nie?

5) Do you have kids?
Buat masa nie sorang jer dulu.. insyaAllah coming soon tambah lagi..

6) If you were another person, would you like to be friends with you?
off course.. bukan senang nak dapat member mcm mama.. heheheh

7) Do you use sarcasm?
dulu2... time kecik2 especially, adik2 jadi mangsa. Skrg dah kurang tapi seronok gak kalau kenakan baba sekali sekala.. ;-)

8) Do you still have your tonsils?
nope.

9) Would you bungee jump?
yup... in my dream only.. ;-)

10) What is your favourite cereal?
coco crunch & corn flakes.. bubuh plak fresh milk & raisins.. yummy!

11) Do you untie your shoes when you take them off?
semua kasut takde tali.. main sarung jer..

12) What is your favourite ice–cream?
vanilla (boleh match dgn apa2.. semuanya sedap.. kalau letak dlm root beer lg laa.. perghhh!)

13) What is the first thing you notice about people?
entah.. maybe mulut kot..

14) Red or pink?
prefer maroon (bukan nak tiru azq)..

15) What is the least favourite thing about yourself?
my nose... huhuhu..

16) Who do you miss the most?
semua family di Malaysia & at this point of time.. semua makanan yg sedap2 kat malaysia... waawaa!

17) Do you want everyone to complete this list?
sesaper yg baca tag nie & rasa boring takde kejer.. heheh

18) What colour of trousers and shoes are your wearing?
seluar katok kuning bunga2 biru dgn bedroom sandal putih (yg dah kelabu).

19) What are you listening to right now?
hani tgh tengok citer fav dia di TV, Balamory.. so tgh dengar lagu balamory.. mama dah boleh hapal dah lagu tu..

20) If you were a crayon, what colour would you be?
purple..

21) Favourite smells?
miss the smell of my fav perfume (yg dah ditinggalkan kat malaysia), bau limau purut & daunnya.. segar jer terasa, bau freshly baked kuih raya.. waaaa!

22) The last person you talked to on the phone?
baba kot.. ke auntie ema before bawak tihani keluar ke children centre semalam.. can't really remember..

23) Do you like the person who sent you this?
azerque? ishhh.. anak saper la tu.. (what can i say.. she never fail to make me smile..)

24) Favourite sports to watch?
errrr... jap nak pk..

25) Hair colour?
black

26) Eye colour?
black gak..

27) Do you wear contacts?
Used to.. tapi sejak pregnant & ada anak dah tak pakai.. nyusahkan idup jer..

28) Favourite food?
payah soklan nie coz byk sgt..

28) Scary or happy endings?
Happy endings laa kalau tak buat stress jer..

29) Last movie you watched?
kalau wayang.. Snake on the plane.. mama & baba main redah jer tgk movie apa yg ada time tu & of course it was a looooong time ago...

30) What colour of shirt are you wearing?
Cream

31) Summer or winter?
summer semestinyer...

32) Favourite dessert?
pun banyak sgt..

33) Most likely to respond?
tak tau laa skrg nie semua org bz.. bz dgn kehidupan baru..

34) Least likely to respond?
Banyak.. heheh

35) What books are you reading?
Irresistible Forces by Danielle Steel.. beli kat car boot.. dah m/s 141 of 414 pages.. still struggling to finish it off.. byk sgt mender nak buat.. (alasan!)

36) What is on your mousepad?
takde mousepad coz tak pakai mouse..

37) What did you watch last night?
CSI, Grand Design, Relocation Relocation, Come & Dine with me.. basically anything that related to home & design, food & cooking or forensic investigations mmg jadik favourite..

38) Rolling Stones? Beattles?
none.. mama layan nasyid jer.. hehehhe ( uuuweeeekkk!)

39) Where is the furthest you have been from home?
UK laa kot.. tapi kat sini tak abis jalan lagi.. paling jauh pun pegi Stoke jer..

40) Do you have a special talent?
entah.. kecik2 dulu suka melukis.. sampai boleh menang pertandingan melukis potrait.. skrg tak tau laa bakat apa yg ada.. tapi one thing for sure.. mama suka scatch floor plan rumah.. seronok bermain dgn imaginasi..

41) Where were you born?
Ipoh mali..

42) Whose answers are you looking forward to getting back?
tak nak paksa2.. saper yg sudi boleh buat.. ;-)

Friday, May 29, 2009

kemalasan melanda

dah lama tak update blog.. nak buat mcm mana penyakit "M" melanda mama.. payah tul penyakit nie, takde ubatnyer.. Tag yg auntie azq suh pun mama tak buat2 lagi.. sori laa yer.. nak buat mcm mana, wrong timing...

Thursday, May 7, 2009

Selamat Hari Jadi Mak Tok Perak..

Last month birthday mak tok pahang.. Hari nie birthday Mak Tok Perak pulak..



SELAMAT HARI JADI MAK TOK!!!



Kalau diikutkan hati, tihani nak balik celebrate hari jadi mak tok tapi nak buat mcm mana kan.. pitih takdok... Cuma doa ajer yg boleh tihani bagi kat mak tok.. Semoga mak tok dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan sentiasa sihat walafiat dan berbahagia disamping Tok Wan dan keluarga..


Apa-apa pun, mesti mak tok gembira dapat cucu baru sebagai hadiah harijadi.. ok la tu kan.. hehehhe..

Salam sayang & rindu dr tihani, mama & baba utk mak tok..

Wednesday, May 6, 2009

Anak sedara baru..

Alhamdulillah, lebih kurang jam 8-10 pagi waktu Malaysia hari ini, Acu Nia selamat melahirkan baby boy yg sungggguuuhhh comel secara ceasarian di Hospital Putrajaya.. kedua-duanya sihat.. buat waktu nie baby takde nama lagi tapi Acu Nia nak part of his name Dhuha.. so mama akan panggil dia baby Dhuha laa..

Nie pic baby Dhuha yg lahir seberat 3.25 kg..

Baby Dhuha adalah cucu Mak Tok & Tok Wan di Perak yg ke6.. bertambah lagi sepupu sepapat tihani.. bestnyerrr..

TAHNIAH ACU NIA & ACU DIN!

Salam sayang peluk cium dr mak long, pak long & kakak tihani utk baby dhuha...

Wednesday, April 29, 2009

pas-pas baton..

minggu lepas, hari isnin tihani start muntah2 and then terus cirit birit.. dah nak dekat seminggu (hari ahad) baru ok dr cirit.. keesokannyer (isnin), mama pulak berjangkit cirit birit.. KO 2 hari (terasa kurus sekejap).. hari nie alhamdulillah dah OK.. tapi baba pulak muntah2 pagi nie.. hmmm... mcm main2 pas-pas baton plak.. lepas sorang-sorang kena...