BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 29, 2008

Tips dr Blog Ust Zuridan pasal didikan Anak2

Apa yang ingin saya kongsi di sini ialah tips yang diberikan oleh Hajjah Anis atau Ibu Anis dalam mendidik anak-anaknya hingga berjaya. Semua 7 orang anaknya menjadi doktor perubatan dan 3 orang darinya menjadi doktor pakar. Antara rahsia mendidik anak yang diberikan ialah:

  • Tegas, iaitu hendaklah bertegas dengan anak-anak seperti ketika menyuruh tutup tv pastikan mereka menutupnya. Jika suruh mandi pastikan mereka mandi dan disiplinkan mereka mengemas rumah.
  • Makan berjamaah bersama anak-anak.
  • Ajar solat ketika masih kecil.
  • Ibubapa tunjukkan minat membaca kepada mereka dengan rajin membaca buku atau akhbar di rumah serta wujudkan mini perpustakaan atau ruang membaca di rumah.
  • Wujudkan suasana rumah yang aman, damai dan bersih supaya anak-anak lebih suka duduk di rumah dari berjalan ke sana ke mari.
  • Berhubung sentiasa dengan mereka jika mereka sudah belajar di luar (asrama).
  • Tanya masalah mereka selalu.
  • Selalu ziarahi mereka di asrama sekolah dan masak masakan kegemaran mereka untuk makan bersama.
  • Berhubung sentiasa dengan sekolah dan guru-guru mereka.
  • Jadikan anak-anak bila dewasa sebagai rakan dan teman.
  • Setiap kali menghadapi peperiksaan ibubapa puasa dan solat hajat doakan mereka begitu juga anak-anak. Baca ayat "Alam Nasyrah" untuk lapangkan dada.
  • Banyak makan ikan dan kurangkan makan ayam atau daging.
  • Beri mereka makan kismis dan bekalkan kepada mereka di sekolah/asrama.
  • Makan cokelat. Kurang membawa anak-anak keluar atau makan di luar.
  • Lebih utamakan masakan sendiri untuk anak.

2 comments:

tasekM said...

terima kasih atas n3 ni ye kak..

:)

hashanim said...

not to me.. hubby akak yg masukkan n3 nie..