BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 22, 2009

Jersi bola..





gambar2 kat atas nie dah lama dah.. ntah braper bulan yg lepas.. tihani & baba bergaya dgn jersi England & Everton.. yg buatkan mama nak upload gambar nie sebab teringatkan kisah ahad lepas.. Baba beli lagi jersi team England di car boot (biasa laa nak shopping katner lagikan..). Tengah mama relaks2 lepas balik dr car boot, baba dgn penuh semangat mengayakan jersi yg dia baru beli..

Baba dgn penuh harapan sambil tersengih sampai ke telinga tanya kat mama, " Amacam, cantik tak? Ada rupa mcm Wayne Rooney tak?.

Mama tak sampai hati nak cakap tapi cakap gak, "Hmm.. Wayne Rooney tarak.. tapi 'Weiii Guni!' yer.." hehehheh!.








Mama telah dipaksa meminta ampun beribu lemon dr baba lepas tu.. huhuhuhu....


p/s: baba tetap lebih hensem dr Wayne Rooney di mata mama.. walau pun perut ada lebih sikit dr Wayne Rooney (ikhlas nie..)

gambar basi raya..

Syawal dah berlalu.. tapi baru hari nie mama sempat upload few pics raya.. Malas betul nak update blog.. nie semua gara2 tihani yg asyik nak melekat jer ngan mama.. payah tul nak buat apa2 (alasan!).. Tambahan pulak sejak ada Facebook, lebih senang nak upload pics kat sana dr sini, tu yg buat bertambah malas.. (alasan yg lebih konkrit.. ;-))


tihani di pagi raya.. memula ok laa bertudung.. pastu....

antara juadah sarapan di pagi raya.. nasi impit & nasi minyak takde dlm pic nie

pic sekeluarga.. mama dah mcm sarung nangka..

open house di minster court.. buat secara gotong royong.. sebab tu laa rendang jer dah 3 jenis..

laksa johor.. yummy!

mama ambik contract buat puding jer.. tu yg untung jadik mak buyung.. org selalu kesian.. heheh

tihani & kekawan di open house..

Friday, September 18, 2009

Ramadhan melambai pergi.. Syawal semakin menghampiri..


Pejam celik.. pejam celik tak sampai 2 hari lg nak raya.. Ketika permulaan puasa tempohari terasa mcm terseksa nak berpuasa di bumi Liverpool nie memandangkan tempoh berpuasa yg agak panjang berbanding Malaysia.. Alhamdulillah semakin tiba di penghujung ramadhan, tempoh berpuasa semakin pendek.. Syawal pulak bakal menjelma.. sedih pulak nak meninggalkan ramadhan.. dan bakal menyambut Syawal tanpa keluarga tersayang, sanak saudara & rakan-rakan di Malaysia.. :-(

Bagi kami sekeluarga di sini, Ramadhan dan Syawal di sambut dengan sederhana jer.. tiada baju raya berpasang2.. cuma mama dapat beraya dgn tudung baru jer yg sempat di pos dr Malaysia.. Tihani juga merasa berbaju baru di hari raya.. hasil pos dr Malaysia gak.. nak buat mcm mana.. mama tak reti jahit baju kurung.. kena laa import.

Setakat nie, hanya sehari jer puasa yg mama tinggal.. sama mcm pregnantkan tihani dulu, kena bulan puasa gak & sehari juga tertinggal.. Tihani walau pun tak berpuasa tapi sempat gak join bersahur beberapa kali.. dia mmg ada sensor.. kalau mama & baba takde jer terus jaga..

oo yer.. terima kasih gak kat mak lang nani yg mengirim kuih raya yg dijual oleh Mak long lina.. dapat gak merasa kuih raya dr malaysia.. mama sempat buat sejenis pastu stop.. tak larat.. nanti laa sambung project lepas raya kalau rajin ;-)

Hari nie cuaca mendung jer.. mcm turut sama bersedih.. time2 mcm nie hati mmg sayu.. kalau kat malaysia mungkin kami dah dlm perjalanan balik ke kampung.. dah boleh bergurau senda dgn adik2 & anak2 buah.. dah ke pasar beli lauk pauk utk beraya.. dan pastinya di dapur mak & ibu dah sibuk berasap... Tapi apakan daya.. kali nie semua tu hanya impian.. kami terpaksa beraya di perantauan.. hanya doa & salam ingatan penuh kerinduan yg dapat kami kirimkan..

byk yg nak ditulis, tapi rasanya cukup laa setakat nie.. sebak rasanya nak teruskan... Untuk ibu, abah, mak, adik-adik, anak2 buah tersayang.. serta semua sanak saudara serta rakan-rakan di Malaysia hanya ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN yg dapat kami ucapkan.. Maafkan kami kerana tak dapat bersama-sama menyambut Syawal kali nie.. walaupun jauh di mata namun di hati tetap kukuh terpahat... wassalam.



Ikhlas dr :
Mohd Shahrir
Haslizahanim
Sufi Tihani




-Liverpool, UK-

Friday, August 21, 2009

salam ramadhan dr perantauan..

Ramadhan al mubarak datang lagi.. cuma kali ini kami sekeluarga menyambutnya jauh di perantauan.. jauh dr sanak saudara serta rakan-rakan di Malaysia.. sedih pulak mama rasa..

InsyaAllah, ramadhan di UK bermula pada hari Sabtu, 22 Ogos 2009.. sama seperti di Malaysia..

so, selamat menyambut ramadhan kepada semua.. semoga dapat menjalani ibadah dengan sempurna di bulan yang mulia ini...

di bawah ini, mama paste perkara2 yang membatalkan pahala puasa yg mama dpt dr email.. (credit to raed hakim)..


ANTARA PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA, DAN PERKARA YANG MEMBATALKAN PAHALA PUASA

Umum kita mengetahui perkara-perkara yang membatalkan puasa. Secara ringkas, perkara yang membatalkan puasa ialah seperti berikut:

1. Makan dan minum dengan sengaja.
2. Melakukan persetubuhan.
3. Muntah dengan sengaja walaupun sedikit.
4. Kedatangan haid dan nifas.
5. Mengeluarkan air mani dengan sengaja.
6. Memasukkan sesuatu menerusi saluran terbuka yang sampai ke perut.
7. Pengsan sepanjang hari membatalkan puasa. Tidur sepanjang hari tidak membatalkan puasa.
8. Gila.

Akan tetapi, hanya sedikit daripada kita yang berhati-hati daripada terlibat melakukan perkara yang membatalkan pahala puasa. Perkara-perkara yang membatalkan puasa boleh dilihat di dalam himpunan hadith di bawah:

لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ اْلأَكْلِ وَ الشُّرْبِ
Bukanlah (pahala) puasa itu sekedar menahan daripada makan dan minum. [Hadith sahih riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

من لم يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ و الجهل فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ في أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta, dan berbuat dusta, serta amal kebodohan, maka tiadalah Allah ingin melihat pada amalannya meninggalkan makan dan minumnya. (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِنَّ الصِّيَامَ لَيْسَ مِنَ الأَكْلِ وَالشُّرْبِ فَقَطْ إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغُوِ وَالرَّفَثِ فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهِلَ عَلَيْكَ فَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ
Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya puasa itu bukan menahan daripada makan dan minum saja, hanyalah puasa yang sebenarnya ialah menahan daripada ucapan sia-sia (lagha) dan lucah/mencarut( rafath), maka bila seseorang mencacimu atau berbuat sesuatu yang bodoh kepadamu katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”.” (Hadith Sahih riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه يقول قال رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قال الله وإذا كان يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فلا يَرْفُثْ ولا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أو قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إني امْرُؤٌ صَائِمٌ
Daripada Abu Hurairah dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Allah berfirman: …maka bila pada hari puasanya seseorang di antara kalian janganlah ia melakukan ucapan/tindakan lucah/mencarut dan janganlah dia menjerit/berteriak, bila seseorang mencacimu atau mengganggumu maka katakanlah: Saya sedang berpuasa….” (Al-Bukhari)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ لا تَسَابَّ وَأَنْتَ صَائِمٌ وَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ فَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ وَإِنْ كُنْتَ قَائِمًا فَاجْلِسْ
Daripada Abu Hurairah, beliau berkata Nabi SAW bersabda: “Janganlah kamu saling mancaci (bertengkar mulut) sementara kamu sedang berpuasa maka bila seseorang mencacimu katakan:‘Sesungguhnya saya sedang berpuasa’, dan kalau kamu sedang berdiri maka duduklah.” (Hadith Sahih, riwayat Ibnu Khuzaimah, Nasa’i, Imam Ahmad)

Daripada himpunan hadith di atas, bolehlah disimpulkan yang antara perkara yang membatalkan pahala puasa kita ialah:

a. Berbohong atau berkata dusta.
b. Membuat sesuatu yang sinonim dengan kejahilan, seperti bercakap tanpa ilmu dan seumpamanya.
c. Bercakap sesuatu yang melucah, mencarut, serangan seksual secara lisan atau ingin menaikkan syahwat orang lain.
d. Bercakap sesuatu yang sia-sia, tanpa sebab, dan tidak bermakna.
e. Meninggikan suara ketika bercakap.
f. Bertengkar.

Marilah sama-sama kita jauhi perbuatan yang boleh membatalkan pahala puasa kita.

Thursday, August 13, 2009

half way done.. another half way to go..

alhamdulillah.. hari nie genap 20 minggu adik hani kat dlm perut mama.. doa dan harapan mama agar semuanya berjalan lancar.. semoga baby nie dpt dilahirkan dengan sihat & selamat..

setakat nie tihani dah get used dgn baby dlm perut.. walaupun kekadang tihani terlebih2 manja & mengada2 tapi masih under control.. dia pun dah ada her own baby doll.. jenuh laa disumbatnya keropok, biskut & cheese kat mulut baby dia.. takut baby lapar kot.. ;-) Takpe hani, practice jaga baby kay.. nanti boleh tolong mama..


baby bump baru skit..


dah obvious sikit time nie..


tihani & her baby annabelle..


Monday, August 3, 2009

Anak sedara baru lagi.. di hari jadi baba

Hari nie sungguh istimewa.. pertama sekali.. hari nie hari jadi baba yg ke 34.. Yang membuatkan ianya bertambah istimewa adalah baba akan berkongsi hari jadi, for the rest of his life dengan Ammar Hadi.. coz Achik Zira baru selamat melahirkan secara normal Ammar Hadi, adik kepada kakak iman & abg haziq pada jam 6.30 pagi waktu malaysia.. both baby & mummy sihat.. berat Ammar waktu lahir adalah 3.21kg.. boleh tahan gak berat dia..


Ammar tengah sedap tido.. muka combination kakak iman & abg haziq dia.. geram mama tgk!


Tahniah kepada Achik Zira & Pakcik Lan sekeluarga.. seronok laa mak tok & tok wan kat ipoh coz dah selamat dapat cucu yang ke-7.. Doa2kan juga cucu yg ke-8 nanti dapat dilahirkan dgn sihat & selamat..

Untuk baba tersayang.. Selamat Hari Jadi istimewa daripada mama & tihani.. luv u so much! Sorry, nothing much can be given to u, except our unconditional loves.. and of course 'adik tihani-to-be' at then end of this year, insyaAllah..

Thursday, July 23, 2009

July's babies..

Ramai yg sambut birthday bulan julai nie.. mama nak wish sorang2 mmg tak larat.. ;-)

anyway, this N3 goes specially utk anak buah mama, iman & haziq.. Iman dah pun sambut birthday yg ke4 pada 7hb yg lalu.. happy birthday cayang! Haziq pulak pada 28hb.. & ummi dia esok.. so Happy Birthday to all of u!


kakak iman buat iklan gigi..



This month jugak adalah birthday aliff, deenee, aina, dina & naufal (yg mama tau laa..).. Semuanya kawan2 tihani di Liverpool.. Happy Birthday to all of u..





p/s: Happy belated birthday kat Acu Suhaima yg menyambut birthday pada hujung bulan lepas.. Mama bz sangat sampai tak sempat nak update dlm blog.. Salam peluk cium dr tihani.. kalau nak kek datang sini yer.. ;-)

Sunday, June 21, 2009

Strawberry picking on Father's day..

Byk sgt aktiviti yg dah dibuat for the last few weeks tapi mama tak sempat nak update.. Walau mcm mana pun, sempena hari bapa pada hari nie.. mama update laa sikit blog nie.. takut nanti naik berlumut laa pulak coz dah lama kena tinggal..

Hari nie mama & baba bawak tihani pegi petik strawberry di Warrington.. punya la seronok tihani sampai tak nak di dukung.. nak jalan sendiri sampai tergolek2 kat atas pokok strawberry.. it was fun.. tihani makan strawberry sampai terberak2.. ishhhh!


tihani & kakak alya bergambar di depan kedai


senarai harga..



seronoknya dapat berjalan..


tihani & baba.. apsal muka mcm tak puas hati nie? ooo.. tak cukup petik lagi..


tihani meredah batas2 strawberry..


nak tolong petik ke, nak tolong makan?


oo.. rajin jugak anak mama rupanya.. kalau ada Acu nia nie mesti seronok dapat makan sama..


fuhh.. dah selesai! Sebakul gak laa strawberry yg dipetik..


baba nak bergambar kat bunga.. tihani nangis nakkan strawberry.. tensen jer baba! Sabar baba, bukan senang nak jaga anak.. Happy Father's Day to u.. dan semua bapa2 terutamanya tok wan di ipoh & arwah atuk sani yg tak sempat tihani jumpa..



Tuesday, June 16, 2009

Bayar hutang yg dah lama tertunda..

Tagged by auntie azerque.. sorry.. been a while (more than a month actually!) to complete this tag..


1) Were you named after anyone?
Not sure, tapi menurut citer masa kecik2 dulu.. nama mama adalah hasil combination beberapa nama.. ibu, abah & tok aki.. Has (part of Hassan - nama tok aki), li (razali.. nama abah @ tok wan tihani) & za (zaharah.. nama ibu @ mak tok tihani).. hanim tu kot yg originally nama mama sendiri.. kelakar laa pulak.. but sadly, nama mama takde makna..huhuhu.. nak buat mcm mana, dulu2 takde jual buku nama2 baby...

2) When was the last time you cried?
Can't really remember tapi masa nak datang sini mmg menangis kat airport.. huhuh.

3) Do you like your handwriting?
hmm.. how to explain this.. kalau cakap kekadang mcm tulisan doktor, adakah menjawab soklan?

4) What is your favourite lunch meal?
anything yg dimasak oleh orang lain.. sumer nampak sedap.. ke tekak mama yg tak betul skrg nie?

5) Do you have kids?
Buat masa nie sorang jer dulu.. insyaAllah coming soon tambah lagi..

6) If you were another person, would you like to be friends with you?
off course.. bukan senang nak dapat member mcm mama.. heheheh

7) Do you use sarcasm?
dulu2... time kecik2 especially, adik2 jadi mangsa. Skrg dah kurang tapi seronok gak kalau kenakan baba sekali sekala.. ;-)

8) Do you still have your tonsils?
nope.

9) Would you bungee jump?
yup... in my dream only.. ;-)

10) What is your favourite cereal?
coco crunch & corn flakes.. bubuh plak fresh milk & raisins.. yummy!

11) Do you untie your shoes when you take them off?
semua kasut takde tali.. main sarung jer..

12) What is your favourite ice–cream?
vanilla (boleh match dgn apa2.. semuanya sedap.. kalau letak dlm root beer lg laa.. perghhh!)

13) What is the first thing you notice about people?
entah.. maybe mulut kot..

14) Red or pink?
prefer maroon (bukan nak tiru azq)..

15) What is the least favourite thing about yourself?
my nose... huhuhu..

16) Who do you miss the most?
semua family di Malaysia & at this point of time.. semua makanan yg sedap2 kat malaysia... waawaa!

17) Do you want everyone to complete this list?
sesaper yg baca tag nie & rasa boring takde kejer.. heheh

18) What colour of trousers and shoes are your wearing?
seluar katok kuning bunga2 biru dgn bedroom sandal putih (yg dah kelabu).

19) What are you listening to right now?
hani tgh tengok citer fav dia di TV, Balamory.. so tgh dengar lagu balamory.. mama dah boleh hapal dah lagu tu..

20) If you were a crayon, what colour would you be?
purple..

21) Favourite smells?
miss the smell of my fav perfume (yg dah ditinggalkan kat malaysia), bau limau purut & daunnya.. segar jer terasa, bau freshly baked kuih raya.. waaaa!

22) The last person you talked to on the phone?
baba kot.. ke auntie ema before bawak tihani keluar ke children centre semalam.. can't really remember..

23) Do you like the person who sent you this?
azerque? ishhh.. anak saper la tu.. (what can i say.. she never fail to make me smile..)

24) Favourite sports to watch?
errrr... jap nak pk..

25) Hair colour?
black

26) Eye colour?
black gak..

27) Do you wear contacts?
Used to.. tapi sejak pregnant & ada anak dah tak pakai.. nyusahkan idup jer..

28) Favourite food?
payah soklan nie coz byk sgt..

28) Scary or happy endings?
Happy endings laa kalau tak buat stress jer..

29) Last movie you watched?
kalau wayang.. Snake on the plane.. mama & baba main redah jer tgk movie apa yg ada time tu & of course it was a looooong time ago...

30) What colour of shirt are you wearing?
Cream

31) Summer or winter?
summer semestinyer...

32) Favourite dessert?
pun banyak sgt..

33) Most likely to respond?
tak tau laa skrg nie semua org bz.. bz dgn kehidupan baru..

34) Least likely to respond?
Banyak.. heheh

35) What books are you reading?
Irresistible Forces by Danielle Steel.. beli kat car boot.. dah m/s 141 of 414 pages.. still struggling to finish it off.. byk sgt mender nak buat.. (alasan!)

36) What is on your mousepad?
takde mousepad coz tak pakai mouse..

37) What did you watch last night?
CSI, Grand Design, Relocation Relocation, Come & Dine with me.. basically anything that related to home & design, food & cooking or forensic investigations mmg jadik favourite..

38) Rolling Stones? Beattles?
none.. mama layan nasyid jer.. hehehhe ( uuuweeeekkk!)

39) Where is the furthest you have been from home?
UK laa kot.. tapi kat sini tak abis jalan lagi.. paling jauh pun pegi Stoke jer..

40) Do you have a special talent?
entah.. kecik2 dulu suka melukis.. sampai boleh menang pertandingan melukis potrait.. skrg tak tau laa bakat apa yg ada.. tapi one thing for sure.. mama suka scatch floor plan rumah.. seronok bermain dgn imaginasi..

41) Where were you born?
Ipoh mali..

42) Whose answers are you looking forward to getting back?
tak nak paksa2.. saper yg sudi boleh buat.. ;-)

Friday, May 29, 2009

kemalasan melanda

dah lama tak update blog.. nak buat mcm mana penyakit "M" melanda mama.. payah tul penyakit nie, takde ubatnyer.. Tag yg auntie azq suh pun mama tak buat2 lagi.. sori laa yer.. nak buat mcm mana, wrong timing...

Thursday, May 7, 2009

Selamat Hari Jadi Mak Tok Perak..

Last month birthday mak tok pahang.. Hari nie birthday Mak Tok Perak pulak..



SELAMAT HARI JADI MAK TOK!!!



Kalau diikutkan hati, tihani nak balik celebrate hari jadi mak tok tapi nak buat mcm mana kan.. pitih takdok... Cuma doa ajer yg boleh tihani bagi kat mak tok.. Semoga mak tok dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan sentiasa sihat walafiat dan berbahagia disamping Tok Wan dan keluarga..


Apa-apa pun, mesti mak tok gembira dapat cucu baru sebagai hadiah harijadi.. ok la tu kan.. hehehhe..

Salam sayang & rindu dr tihani, mama & baba utk mak tok..

Wednesday, May 6, 2009

Anak sedara baru..

Alhamdulillah, lebih kurang jam 8-10 pagi waktu Malaysia hari ini, Acu Nia selamat melahirkan baby boy yg sungggguuuhhh comel secara ceasarian di Hospital Putrajaya.. kedua-duanya sihat.. buat waktu nie baby takde nama lagi tapi Acu Nia nak part of his name Dhuha.. so mama akan panggil dia baby Dhuha laa..

Nie pic baby Dhuha yg lahir seberat 3.25 kg..

Baby Dhuha adalah cucu Mak Tok & Tok Wan di Perak yg ke6.. bertambah lagi sepupu sepapat tihani.. bestnyerrr..

TAHNIAH ACU NIA & ACU DIN!

Salam sayang peluk cium dr mak long, pak long & kakak tihani utk baby dhuha...

Wednesday, April 29, 2009

pas-pas baton..

minggu lepas, hari isnin tihani start muntah2 and then terus cirit birit.. dah nak dekat seminggu (hari ahad) baru ok dr cirit.. keesokannyer (isnin), mama pulak berjangkit cirit birit.. KO 2 hari (terasa kurus sekejap).. hari nie alhamdulillah dah OK.. tapi baba pulak muntah2 pagi nie.. hmmm... mcm main2 pas-pas baton plak.. lepas sorang-sorang kena...

Monday, April 20, 2009

Selamat Hari Jadi Mak Tuk Pahang..

Hari nie, 20 April 2009.. genaplah ulang tahun kelahiran mak tuk di Pahang yg ke 53.. Selamat Hari Jadi mak tuk! Sori laa tihani tak dapat nak bagi mak tuk apa2.. kecuali mendoakan agar mak tuk sentiasa sihat walafiat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki (boleh datang tengok hani kat sini..) dan sentiasa di dalam rahmahNya..



Mama ada buat kek pisang kat tihani... kalau mak tuk ada kat sini boleh laa share coz nak hantar kek hari jadi kat mak tuk jauh sangat.. ;-)


Jangan laa terkejut kenapa kek pisang nie leper jer.. mama buat dlm bekas besar sgt.. nak buat mcm mana, first time dlm seumur hidup mama buat kek pisang.. tu yg tak reti nak budget...



apa-apa pun,

SELAMAT HARI JADI MAK TUK!



Salam sayang dr:


Sufi Tihani serta mama & baba..

Saturday, April 18, 2009

Sepetang di Sefton Park

Skrg nie dah spring di sini.. so bunga2 dah mula berkembang.. cuaca pun makin ok.. tak sesejuk masa memula sampai dulu, mcm nak beku jer rasa..



So, petang tadi mama & baba bawa tihani ke Sefton Park.. dlm kawasan Liverpool juga.. tak berapa jauh dr rumah cuma kena berkereta. Kalau nak jalan kaki pun boleh cuma takut tak sampai jer coz dah semput.. Uncle Zaki & Auntie Zarini sekeluarga pun pergi sekali.. Mmg seronok laa tihani coz ada kak alya & abg aliff.. boleh laa dia lepaskan rindu kat semua sepupu2 dia di Malaysia..












Tiga gambar di bawah nie bukannyer di Sefton Park tapi kat depan rumah selepas balik dr taman..






Thursday, April 16, 2009

tagged by azq yg bzbodi

hampeih tul... apsal laa dlm bebanyak tag, tag nie yg auntie azq bg kat mama.. susah wooo nak kenang kisah2 lama..

1. When was your engagement?
20.04.2002 (confirm tak salah coz sama tarikh ngan birthday mak - hb & bulan laa.. tahunnya off course tak ;-))

2. When is your marriage anniversary?
02.03.2003.. sajer jer pilih tarikh sebelum birthday mama.. ;-)

3. How long have you known your spouse?
Unofficially since 1999.. officially 2001

4. How long did you date before you got engaged?
a year kot..

== additional question and answer:
how long did you date before you got married?
laaa soklan berulang nie.. refer jawapan utk soklan 2, 3 & 4.. and figure it out.. heheh

5. Where did you meet your spouse?
kat kl

6. What is your spouse’s full name?
Mohd Shahrir

7. Do you have any children?
alhamdulillah ada..

8. How many?
Buat masa nie sorang ajer laa.. insyaAllah nak tambah lagi.. ;-)

9. Do you have any pets?
ingat nak bela rimau tapi since tak boleh so takde laa

10. Do you own or rent?
maner mampu nak beli rumah kat sini.. giler apo! so rent laa..

11. Do you live in the country, city/town?
town

12. What is your favorite activity you do together?
makan2 (sejak azali..), dok bersantai2 & pegi car boot sales (sejak duk sini)..

13. Do you have a favorite vacation spot?
takde. asalkan dapat pegi vacation bersama family, kat mana2 pun ok.. cuma kalau boleh, selepas dah buat haji kelak, nak ke mekah & madinah sekali lagi utk buat umrah & ziarah for the whole family.. miss that places so much! (mekah & madinah boleh dianggap vacation spot ker? sori kalau tak menjawab soklan dgn tepat..hehheh)

14. How many siblings do you have including in-laws?
10 - mama 4, baba 6.

15. What mosque do you attend?
takde.

16. Is this the mosque you got marrried in?
irrelevant. btw, nikah kat umah.

17. What town is your current address?
merseyside, liverpool

18. Do you work or stay home?
kejer ke tak, kena stay kat umah gak kan? kekadang kejer kat umah lagi byk.. heheh..

19. Where did you go for your honeymoon?
Langkawi.. setelah setahun lebih kawin.. kes delayed honeymoon laa nie coz right after kenduri baba kena viva.. and then masing2 bz ngan kejer.. errr boleh dikira honeymoon ke tu?


20. Leave a piece of marriage advice and tagged ur friends.
nak bg nasihat yg payah nie.. anyway.. marriage is not only about two persons.. but three, four, five or even more.. so learn to share, give & take..

tag kawan2 lain... :

sarah
ninie
shahnira a.k.a che ngah
rodi (boleh buat after ur wedding)


Tuesday, April 14, 2009

keta baru

Sebenarnya keta lama.. tapi inilaa keta baru kami sekeluarga. Baba beli selepas hampir 2 minggu kami di sini.. Ford Fiesta thn 98.. ok laa sket dr keta Mr Bean kan! hehhe..


buruk2 keta nie pun, tapi lepas jugak laa berjalan ke car boot sales di St Helen & Burscough. Ke Ikea di Warrington pun dah sampai cuma takleh masuk jer coz tutup rupa2nya masa last weekend (cisss!!).. Ok laa tu kan, mana nak dapat kat Mesia kalau setakat seribu lebih... ;-)

p/s: cuma agak menyesal skit biler pegi ke car boot sales.. takleh nak sumbat barang byk2.. comel sgt!



Tuesday, April 7, 2009

Al Fatihah..

hari ini mama mendapat khabar duka dr Malaysia.. salah seorang rakan di TM, Allahyarhamah Dzulita Md Sakan telah pergi selama-lamanya akibat kemalangan jalan raya pada Sabtu lepas..

walaupun pernah berkhidmat di bangunan yg sama, mama tak kenalpun DZ (nama panggilan beliau di kalangan rakan2) sehinggalah kami dipertemukan di dalam kelas Operations & Technology Management semasa mama buat MBA. She was very helpful & always smiling.. masih terbayang2 lagi keriuhan beliau di kelas... mama duduk sebelah dia & juga kak ila.. we were even in the same group for project paper..

yg paling mama ralat.. mama tak sempat nak jumpa dia sebelum pergi.. Kami ada berborak di telefon & berbalas email semasa mama masih di TM.. bila dah tau mama akan keluar TM dan fly ke UK, dia ajak mama lunch bersama sebelum pergi.. memandangkan mama terlampau bz utk menghabiskan kerja & buat preparation utk pergi, mama tak sempat nak keluar dgn beliau.. and now it was too late..

semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan dirahmati Allah SWT..amin!


Al fatihah untukmu DZ..




gambar kemalangan tersebut ada dipaparkan di blog nie..

Monday, April 6, 2009

Jenuh nak pikir..

Hari nie genap sebulan kami di Liverpool.. sejak tinggal di rumah sendiri bermula 10 Mac lalu, tiap2 hari mama kena masak... dulu time keje, main order jer nak makan aper.. balik rumah, makanan dah tersedia.. tunggu ngap jer (thanks to makngah ;-)).. Sekarang tiap2 hari kena pk menu aper utk dimasak.. dah laa limited choice lauk yg boleh dimasak.. yg ada ayam, ayam, ayam, ayam & daging. Udang & sotong ada tapi tak sedap giler coz frozen.. Ikan pun frozen & mahal nak mampus so takleh masuk dlm menu harian..

Rupa2nya, bukan senang nak masak tetiap hari yer tuan2 & puan2.. jenuh nak pk, nak buat business plan pun tak macam nie.. seb baik resepi di hujung jari.. click jer dah ader.. cuma sedap ngan tak jer.. alhamdulillah setakat nie, baba & hani tak byk songeh.. aper mama masak licin jer.. tak tau laa sebab sedap ke lapo... ;-) Yang pastinya.. being perut melayu, baba takleh miss nasi.. tetiap hari nasi mesti ada hinggalah ahad lepas.. satu hari tak jumpa nasi.. pagi buat roti prata, roti ngan jem & sosej.. tengahari masak mee.. malam lak mama masak ayam panggang madu berkuahkan black pepper sauce.. ini kes malas nak masak nasi & tak tau nak masak lauk aper dah.. first time buat & resepi bantai sesuka hati.. so mcm nie lah hasilnya..



errr.. agak2 boleh bagi berapa markah agaknyer? ;-) Sbg org yg kedekut bg markah, baba bagi 60% jer.. sebelum nie semua yg mama masak dia bagi -3, -1.. & sewaktu dgnyer tapi tambah dua, tiga pinggan.. Sungguh tak patut!

Tapi betulla org kata.. kalau dah terpaksa, hentam ajer laa masak.. setakat nie byk mender yg mama tak penah masak sebelum nie, mama masak di sini.. kalau kat malaysia tak penah terpikir nak buat kuih (kes senang tunjuk2 jer..), kat sini kena buat.. tak penah2 buat nasi tomato & masak kurma.. kat sini mama dah masak.. tak penah2 buat paprik, kat sini buat.. kalau tak, tak merasa..

hmmm.. baru sebulan jadik chef, mama dah sakit kepala... ;-) Tabik spring kepada ibu, mak, mak ngah & semua insan yg bergelar ibu, emak, ummi, mama, mami & etc, yg dah memasak bertahun2 utk keluarga.. dan tak pernah jemu memasak hingga kini...

Sunday, April 5, 2009

Jauh di mata.. dekat di hati..

Dah hampir sebulan kami di bumi Liverpool, tapi kenangan yg ditinggalkan di Malaysia tetap kekal di ingatan.. selain drp keluarga tersayang, kenangan bersama rakan2 tetap tersemat di jiwa terutamanya antara saat2 terakhir sebelum kaki melangkah pergi..
Antara gambar2 yg sempat dirakamkan..


hari terakhir di office.. makan tetap makan..

with my beloved officemates.. tihani pun sibuk sama..


macam berjanji pulak.. ala2 sedondon gitu.. thanks korang, for the support and friendship...


sempat menjenguk di TM Pahang... ada 2 org mak buyung dlm pic nie.. takleh jadi nie..



with my beloved friends.. sorry azerque cilok pic dr blog awak.. thanks for everything.. will treasure our moments together..

tihani & her mama lydia.. terima kasih tolong jaga hani.. & bersabar dgn kerenah hani ;-)


Tuesday, March 24, 2009

PhD oh PhD

Setelah hampir 17 hari di bumi Liverpool.....Memang confirm aku nie bukan golongan yg kuat baca buku......Setiap hari nak baca jurnal pun tak habis2.......Mengapa jadi begini? Tipikal orang melayu yang susah sangat nak suka baca buku......Tak ramai aku perhatikan orang melayu suka baca buku......Ingat lagi soalan main supervisor aku, why do you further study to PhD level? Aku jawab sebagai lecturer sekurang2nya kena belajar sampai PhD....Hahahahaha....Dr.Ouyang cakap aku tertinggal satu benda penting.....create new knowledge....so nak create new knowledge..kenalah banyak baca....sebab nak tgk dan evaluate knowledge yg dah ada sekarang...



Yg mengiringi kedatangan kami di Liverpool ialah kejayaan team bolasepak Liverpool yg menang besar 2 kali berturut2 sejak aku datang.....Man U kena 4-1, A.Villa kena 5-0...



Sejak berada di Liverpool, tiap2 hari ahad g car boot sale.....samada car boot sale kat St. Helen atau kat Burscough.....

Sunday, March 8, 2009

Bye-bye Malaysia.. Welcome Liverpool!

Alhamdulillah setelah mengharungi perjalanan selama hampir 24 jam (dr Kuantan-Liverpool.. termasuk waktu transit di KLIA dan Amsterdam), kami sekeluarga selamat tiba ke Liverpool pada070309 pada jam 10 pagi waktu tempatan (6pm waktu malaysia)..



Terima kasih atas semua yang mendoakan pemergian kami.. insyaAllah panjang umur, murah rezeki berjumpa lagi..


Tihani & Mak Atul yg tengah berdebar2 tunggu result.. ;-)


nak buat macam mana mak tok.. tihani mmg takleh duduk diam..


kembar 3.. insyaAllah jumpa lagi..




dgn che aki & mok su..



bye2 tok ngah & maksu pijah.. tk tlg jaga tihani sebelum nie..




dah macam family gathering plak kat KLIA.. babai semua.. kami pasti merindui semua orang..




tok wan sanggup berkerusi roda ke KLIA.. tk tok wan & mak tok..



boleh bagi A+ kat tihani coz been such a gud gal (tak nyusahkan mama & baba).. tido 10 jam kat dlm flight dr KLIA ke amsterdam..



right timing betoi tihani bangun (waktu breakfast)..



tihani & baba... lagi few minutes nak touch down di amsterdam
(p/s gambar di airport manchester tak sempat nak ambil coz tihani bz buat pelaburan).




dah sampai liverpool.. dinner di rumah aunti tini & uncle razali.. TQ!




tihani & baba kat uni of liverpool.




mama pun nak jugak posing..




dgn kak alya & abg aliff di kat umah uncle zaki & auntie zarini.. tihani buat mcm umah sendiri.. terima kasih coz sudi tumpangkan kami..