BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 12, 2009

dugaan Allah tiada siapa yg menduga..

berat rasanya hari ini utk bekerja semula setelah pulang ke ipoh rabu lepas.. tak sabar rasanya nak menunggu hari khamis ini supaya dapat pulang semula ke ipoh.. ini semuanya kerana abah yang tersayang sedang terlantar di wad ICU Hospital Ipoh.. abah tak sedar sejak kemalangan pada petang Rabu minggu lepas. Abah mengalami pendarahan dan bengkak di kepala, patah 4 tulang rusuk kanan, luka di paru2,cedera di mata kanan serta luka di bahu, kaki & tangan..

sehingga kini kesan kecederaan di kepala abah tak dapat diketahui sehinggala abah sedar..

Kami redha dengan ujianMu ini ya Allah.. tetapi selamatkan laah bapa kami.. sihatkanlah dia kembali.. kasihanilah kami yang masih belum puas berbakti & bermanja dengan abah.. Amin!

6 comments:

Sarah Samah said...

Ya!Allah kau berikanlah kesembuhan kepada ayah Haslizahanim seperti sediakala.Amin.
Tabahkan hati menghadapi dugaan ini. Segala-galanya telah ditentukan oleh Allah. Moga Has sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini.

hashanim said...

thanks sarah..

pagi tadi abah has baru selesai dibedah di leher bg keluarkan kahak & supaya dia boleh bernafas sendiri.. so far dia stabil tapi masih belum sedar lagi..

tiada apa lagi yg boleh kami buat kecuali berdoa padaNya sahaja..

tasekM said...

semoga abah akak cepat sembuh. tabah ya.

hashanim said...

thanks nini..

kamal said...

Salam takziah dari kami yang jauh. Banyak2 bersabar atas ujian dan dugaan-Nya.

Bila korang semua bergerak ke Liverpool?

hashanim said...

kamal> tk.. insyaAllah kami akan bertolak jumaat nie dr kuantan.. harap doakan kami sekeluarga..